Monday, October 12, 2020

E-FOLIO MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

 

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

 

NAMA PENSYARAH

ENCIK YUSNI BIN MOHAMAD YUSAK

 

TAJUK

ISLAM DAN CABARAN SEMASA

 

AHLI

Nama

Kelas

No. Matrik

Wan Faiq Zahirulhaq bin Wan Zaidi

DSK2A

06DSK19F2018

Muhamad Ariff Aiman bin Muhammad Jasmin

DSK2A

06DSK19F2034

Aliff Redwan bin Roslan

DSK2A

06DSK19F2043


ISI KANDUNGAN

1.  Penghargaan

2.  Objektif Kajian

3.  Pengenalan

4.  Pengertian Islam

5.  Cabaran semasa

6.  Penyelesaian/Inisiatif

7. Kesimpulan

8. Lampiran

9. Rujukan

PENGHARGAAN

  بسم الله الرحمن الرحيم  ﷲ

 

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi saya bersama ahli kumpulan saya dapat kerajinan untuk menyiapkan tugasan ini. Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah subjek Pengajian Islam ini iaitu Encik Yusni bin Mohamad Yusak yang banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini melalui penjelasan yang cukup jelas tentang cara membuat tugasan ini.

 

Terima kasih juga kepada ahli-ahli kumpulan saya yang telah memberi kerjasama yang cukup efisien dan komitmen dalam menyiapkan tugasan yang diberi ini. Mereka juga telah mencurahkan idea-idea mereka dalam menyempurnakan tugasan ini.

       

Akhir sekali, kami ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung. Kami amat hargai pertolongan ini kerana ianya amat membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga hasil daripada tugasan ini dapat memberi impak yang positif kepada kita semua dan dapat dijadikan sebagai pengajaran hidup.

 

OBJEKTIF KAJIAN


        Tujuan kami membuat kajian ini adalah untuk mengenal pasti cabaran semasa dalam penyebaran agama Islam. Secara khususnya objektif kajian bagi penyelidikan ini adalah seperti yang berikut:

 

1.   Kami dapat mengenal pasti cabaran-cabaran yang ditempuhi para umat Islam pada masa kini.

 

2.   Kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang punca-punca sesetengah umat Islam lalai dengan duniawi.

 

3.   Kami dapat menjumpai jalan penyelesaian ataupun inisiatif yang boleh membantu mengatasi ataupun mengurangkan kesusahan dalam menempuhi cabaran-cabaran ini.

 

4.   Kami juga dapat kesedaran tentang betapa mudahnya umat Islam jatuh dalam menempuhi cabaran-cabaran semasa ini.


PENGENALAN

 

        Pada era globalisasi ini di mana kemajuan teknologi semakin berkembang pesat hasil kebijaksanaan para manusia serta budaya-budaya baharu telah dicipta oleh masyarakat terutama golongan generasi muda ini telah banyak memberi impak yang postif dalam kehidupan seharian. Namun, walaupun banyak kesan-kesan positif hasil daripada perkara tersebut, terdapat juga banyak kesan negatif yang diperolehi masyarakat terutama umat Islam.

 

PENGERTIAN ISLAM

 

Islam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad ﷺ yang digelar Rasululllah iaitu utusan Allah SWT. Perkataan Islam berasal dari Bahasa Arab yang bererti sejahtera, aman dan harmoni. Penganut Islam dipanggil Muslim (orang Islam) serta Muslimin (lelaki Muslim) dan Muslimat (perempuan Muslim). Agama Islam bertuhankan Allah SWT dan menggunakan kitab suci Al-quran (wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril) serta hadis (perkataan dan perbuatan para nabi terutama Nabi Muhammad ﷺ) sebagai sumber rujukan mereka tentang agama Islam.


 

CABARAN SEMASA

 

1.0 ISLAMOFOBIA

Pada zaman kini, agama Islam digeruni sebilangan masyarakat kerana imej umat Islam yang telah dicemar.  Kebanyakkan pengganas telah menggunakan nama agama islam kononnya sebagai tujuan perjuangan mereka sedangkan mereka sebenarnya telah terpesong dari ajaran sebenar islam itu sendiri.

 

Jadi, perkara ini telah membawa kepada islamophobia. Islamophobia itu merupakan ketakutan, kebencian atau prejudis terhadap agama Islam kerana dianggap sebagai sumber keganasan.

 

    Islamophobia lebih diperhebatkan dengan media-media dan maklumat palsu yang menyiarkan sentiment-sentimen negatif untuk memesongkan akidah, pemikiran dan persepsi masyarakat terhadap Islam.

  

2.0 SIFAT SOMBONG DAN PENYAKIT HATI

    Seterusnya, antara cabaran itu termasuklah dengan masyarakat Islam itu sendiri yang mempunyai sikap bodoh sombong, angkuh dan enggan mendengar nasihat. Seperti mana yang kita ketahui, perkara ini dikatakan juga sebagai penyakit hati yang bukan mudah untuk diperbaiki atau diubati. 

 

    Manusia tidak akan terlepas daripada perasaan bahawa diri sendiri lebih bagus dan lebih hebat daripada orang lain. Sifat sombong ini amatlah merbahaya kerana dari situlah terlahirnya lagi penyakit-penyakit hati yang lain seperti sifat dengki, sifat suka mengkhianati dan menabur fitnah dan sebagainya.

 

    Sifat sombong ini boleh dilihat juga pada orang berilmu dan juga pemimpin-pemimpin kerana mereka mempunyai kelebihan dan juga pangkat dalam sesuatu masyarakat. Mereka sukar menerima pandangan orang lain, mudah marah dan suka menghina orang lain.

  

3.0 KONFLIK ATAU PERBALAHAN ANTARA GENERASI MUDA-TUA

    Setengah orang muda tidak suka atau gemar mendengar nasihat daripada generasi lama atau orang tua.  Hal ini kerana kebiasaannya mereka merasa nasihat daripada orang tua itu tidaklah berguna.  Mereka juga merasakan bahawa ilmu-ilmu agama ini membosankan dan merimaskan lebih-lebih lagi bila disampaikan oleh orang-orang tua

  

4.0 SUDUT IDEOLOGI YANG BERBEZA

    Terdapat banyak penyebaran ideologi dan pemikiran yang berbeza seperti fahaman liberisme, ekstremisme, dan sebagainya.

    Liberasime: falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai tertinggi. Ia menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang.  Percanggahan dalam islam berlaku apabila mereka berfikiran “modernism” kerana mereka berasa bahawa ajaran Islam itu mengongkong dan tidak sejajar dengan peredaran zaman.

 

   Ekstremisme: Contoh fahaman ekstremisme dapat dilihat dalam gerakan pengganas seperti kumpulan Al-Qaeda. Mereka telah mencetuskan pelbagai peristiwa keganasan yang mengorbankan nyawa orang ramai. Ini sama sekali bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

 

CARA PENYELESAIAN UNTUK CABARAN DALAM PENYEBARAN ISLAM.


1.0 PENYELESAIAN ISLAMOFOBIA DARI AGAMA LUAR

        Memperbaiki imej dengan kembali kepada ajaran islam yang sebenar dengan cara mengamalkan cara hidup islam secara menyeluruh dalam kehidupan seharian.  Memperkukuhkan dan memantapkan akidah Islam dalam diri umat Islam supaya agama lain menghormati kita. Sentiasa mendalami ilmu agama dan menuntut ilmu sepanjang masa, agar kita dapat menaikkan martabat agama apabila berhadapan dengan orang bukan Islam. Mempamerkan sisi indah Islam yang kurang diperlihatkan, kerana Islam adalah agama yang cintakan kedamaian dan kebaikan, dan bencikan, sesuatu yang boleh membawa kemusnahan atau kekacauan. Mengingatkan semua manusia bahawa Islam memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kedudukan, pangkat dan keturunan seseorang.


2.0 CARA MENGHINDARI SIFAT SOMBONG

Seterusnya, sebagai seorang manusia sepatutnya menghindarkan diri sifat sombong dan riak dalam diri dengan mempunyai kesedaran bahawa dirinya lemah berbanding dengan kekuasaan Allah SWT. Merajinkan diri dengan melakukan ibadah solat dan banyak beristighfar kerana ia dapat menahan diri daripada membuat dosa dan pengubat hati. Seorang pemimpin haruslah memahami suasana dan mendengar masalah masyarakat, berani menyatakan yang benar, dan tekun dalam menghadapi cabaran dan tidak mengenepikan mereka. Menambah keimanan dan ketaqwaan adalah kerana ikhlas kerana Allah dan bukan riak.

 

3.0 CARA MENYELESAIKAN KONFLIK

    Sebuah masyarakat yang sayang menyayangi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain mestilah ada perpaduan iaitu kata sepakat yang menerima pelbagai teguran. Selain itu, sentiasa bekerjasama dalam sesuatu aktiviti masyarakat yang mengeratkan silaturrahim. Berfikiran terbuka, toleransi, bertolak ansur dan memaafkan orang lain. Islam juga mewajibkan umatnya supaya sama-sama menjaga kebajikan manusia tanpa mementingkan diri sendiri atau berprasangka buruk.

 

 4.0 CARA MENYEKAT IDEOLOGI YANG BERBEZA

Menjauhkan diri daripada fahaman lain selain agama Islam dengan menambah ilmu pengetahuan dan sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam. Mengamalkan akhlak yang mulia seperti sentiasa sabar dalam kehidupan supaya terhindar daripada perbuatan keji. Masyarakat perlu mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna seperti menapis filem ganas daripada budaya asing yang membawa kepada ekstremisme dan membuang amalan hidup yang mementingkan diri sendiri seperti permusuhan daripada libreralisme yang menyebabkan umat Islam berpecah belah. 


KESIMPULAN

 

Kesudahannya,terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi para Muslim pada era globalisasi ini. Dijamin cabaran-cabaran semasa ini akan kian bertambah pada masa yang akan datang dan menjadi semakin sukar untuk ditempuhi. Para Muslimin dan Muslimat dinasihatkan untuk menguatkan lagi Iman yang berada di dalam hati masing-masing dengan mendalami serta menghayati lagi ajaran agama Islam. Para Muslimin dan Muslimat juga dinasihatkan agar tidak lupa dengan kewajipan sebagai seorang Muslim.

 

LAMPIRAN


Elak Islamophobia Di Mata Dunia, Akhirnya Malaysia, Turki & Pakistan Bakal  Lancar Channel TV - REMAJA 

 

 The irrationality of Islamophobia | Free Malaysia Today


RUJUKAN

penyelidikan sendiri

http://azharjin.blogspot.com/2009/04/pengertian-dan-maksud-islam.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Muslim


No comments:

Post a Comment

E-FOLIO MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

  MPU23012 PENGAJIAN ISLAM   NAMA PENSYARAH ENCIK YUSNI BIN MOHAMAD YUSAK   TAJUK ISLAM DAN CABARAN SEMASA   AHLI Na...