Monday, October 5, 2020

MARI KE MASJID

 MASJID

Masjid. Bila sebut je perkataan masjid, banyak benda yang boleh dikaitkan contohnya solat berjemaah, ceramah dan majlis ilmu, bergotong royong, penyembelihan ketika raya haji, dan banyak lagi. Tapi masalahnya pada zaman ini, tak ramai orang berminat nak bawa diri tu pergi masjid. Mengapa?

 



Masjid Wilayah Persekutuan - Flashpacker Memories

 

Ini yang nak dijadikan ceritanya, mari kita mulakan dengan soalan “apakah itu masjid?”. Secara amnya masjid ini tempat di mana umat islam berkumpul sebagai jemaah untuk melakukan amal ibadah seperti solat dan, mengaji (al-Quran). Lebih meriah lagi pada bulan Ramadhan di mana ramai jemaah melakukan solat terawih, berqiamulail, majlis berbuka puasa. Sememangnya terdapat banyak perkara yang bermanfaat dapat dilakukan dalam masjid ni. Oleh itu, masjid ini bukan sahaja tempat untuk kita solat dan beribadat tetapi juga menjadi tempat untuk kita merapatkan silaturahim sesama masyarakat setempat.

 

Akan tetapi mengapa masjid-masjid masih lagi  kelihatan kosong walaupun ketika tibanya waktu solat? Kenapa ruang legar masjid masih sentiasa sunyi ?

 

Apakah punca perkara sedemikian berlaku? Punca pertama, adalah tiada galakan daripada ibu bapa untuk mengajak anak mereka ke masjid atau surau. Selain itu, gaya hidup golongan muda yang penuh dengan hiburan dan teknologi sehingga mengabaikan solat. Ketiga, kurangnya didikan ilmu agama Islam dan mempunyai perasaan malu untuk ke masjid. Perkara-perkara ini yang membuatkan inisiatif untuk menarik minat masyarakat terutama golongan generasi muda untuk ke masjid tidak berkesan.

 

Dalam pada itu, Kita sebenarnya boleh menggalakkan anak-anak dan golongan muda ke masjid dengan cara mewujudkan aktiviti yang berfaedah yang memerlukan kerjasama orang muda agar masjid sentiasa penuh. Selain itu, mengadakan ceramah yang bermanfaat untuk orang muda yang menyentuh kehidupan seharian. Contohnya, ceramah tentang kematian, isu membina keluarga bahagia, cara melakukan solat dengan betul dan sebagainya. Selain itu, mewujudkan bahan bacaan di masjid seperti buku-buku ilmiah, surat khabar, al - Quran dan sebagainya. Merapatkan silaturahim sesama kita dengan mengadakan majlis makan atau moreh setelah selesai majlis bacaan yaasin ataupun aktiviti qiamullail. Justeru itu, mengadakan aktiviti sukan dan riadah pada masa lapang bersama seisi keluarga dan jiran tetangga, pertubuhan kelas mengaji, kelas tambahan dan lain-lain. Akhir sekali, memberikan jawatan yang selayaknya untuk orang muda menguruskan hal masjid dan disekitarnya agar masjid terjaga.

 

1 comment:

E-FOLIO MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

  MPU23012 PENGAJIAN ISLAM   NAMA PENSYARAH ENCIK YUSNI BIN MOHAMAD YUSAK   TAJUK ISLAM DAN CABARAN SEMASA   AHLI Na...